16 Jun 2008

Pulangkan Wang Royalti Tertunggak Kepada PAS!

Kerajaan Pusat hari ini didesak menghormati suara rakyat yang meminta kerajaan memulangkan wang royalti minyak yang tertunggak kepada Parti Islam SeMalaysia sewaktu PAS memerintah negeri Terengganu selepas memenanginya di dalam pilihanraya ke 10 pada 1999 yang lalu.

PAS memperolehi kejayaan besar menawan Terengganu pada pilihanraya 1999. Selepas membuat pembayaran pertama pada bulan Mac 2000, Petronas enggan membayar royalti seterusnya sebanyak RM850 juta pada 1 September 2000 yang mana jumlahnya telah tertunggak pada pertengahan tahun pertama tahun 2000.

Sehingga Mac 2004, jumlah terkumpul yang belum berbayar kepada Terengganu mencecah RM3.8 billion.

Suara keadilan pernah melaporkan, saman terhadap Petronas telah difailkan pada Mac 2001 namun kes tersebut masih tertangguh. Namun, berdasarkan kepada Akta Petroleum jelas membuktikan secara perundangan bahawa Petronas bertanggungjawab untuk mebayar royalti kepada Terengganu. Dengan itu kerajaan Negeri Terengganu mampu memperolehi pendapatan berbilion ringgit dan berupaya membangunkan negeri Terengganu.

Tetapi, malangnya wang tersebut tidak dinikmati oleh kerajaan Terengganu. Ia telah disamun oleh UMNO dalam bentuk Wang Ehsan dan ianya akan memberi beban yang cukup perit kepada Petronas untuk membayar kepada kerajaan Terengganu sekiranya mahkamah mengarahkannya berbuat demikian.

Tindakan yang paling selamat untuk UMNO ialah menawan semula Terengganu dengan apa cara sekalipun. Dengan yang demikian, kerajaan baru UMNO akan menggugurkan kes berkenaan terhadap Petronas. Jadi, UMNO dan Petronas tidak perlu memeningkan kepala memikirkan masalah untuk mencari wang untuk membayar kerajaan negeri.

BN tidak dapat melakukan konspirasinya tanpa bantuan SPR, dan SPR tidak dapat lakukannya tanpa bantuan Jabatan Pendaftaran Negara, jabatan kerajaan yang mengeluarkan kad-kad pengenalan kepada para pengundi.

Kebanyakan daripada penonton TV yang menyaksikan keputusan pilihanraya 2004 yang disiarkan secara langsung daripada pusat operasi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur mungkin dapat mengenali akan wajah seorang yang sentiasa duduk diantara Abdullah dan timbalannya, Najib Abdul Razak, sepanjang malam tersebut.

Beliau menampakkan wajah yang tersengih-sengih setiap kali keputusan diumumkan yang berpihak kepada BN, seolah-olah sudah tahu akan keputusannya. Mengapakah seorang kakitangan kerajaan berpangkat tinggi berada dalam majlis politik seperti itu?

Dan taktik yang serupa dilakukan pada tahun 2008 dengan dalang utamanya Setiausaha SPR, Datuk Haji Kamaruzaman bin Haji Mohd Noor. Manusia inilah yang telah sedaya upaya menafikan dakwaan-dakwaan wujudnya senarai pengundi hantu di dalam senarai daftar pemilih, walhal itulah sebenarnya tugas yang telah dilakukan di SPR, iaitu memanipulasikan daftar pemilih dengan memasukkan senarai pengundi hantu dengan banyaknya terutama untuk negeri Terengganu.

Hasilnya mereka berjaya mempertahankan Terengganu, tetapi kuasa Allah memporak perandakan UMNO negeri dimana calon menteri besar sokongan Perdana Menteri ditolak oleh Sultan Terengganu dan akhirnya Datuk Ahmad Said berjaya menjawat jawatan tersebut setelah hampir sebulan negeri terengganu terumbang ambing apabila kemelut "siapa MB" berpanjangan.

Berbalik kepada isu royalti miniyak, bekas Menteri Terengganu, Datuk Idris Jusoh menjelaskan wang royalti minyak sebanyak RM7.3 billion yang diberikan kepada Terengganu dari tahun 2004 hingga 2007 bukan diurus atau dikawal kerajaan negeri. Malah kata Idris, beliau sendiri sebelum ini tidak mengetahui mengenai jumlah sebenar wang royalti Petronas seperti mana dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Aziz dalam Persidangan Dewan Rakyat.

Dalam persidangan tersebut, Amirsham memberitahu sebanyak RM13.4 billion wang royalti minyak Petronas diserahkan kepada kerajaan pusat manakala RM7.4 billion diberikan kepada Terengganu manakala Sabah dan Sarawak masing-masing menerima RM1.2 billion dan RM4.8 billion. Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, kerajaan negeri ketika di bawah pimpinannya sebelum ini hanya dimaklumkan sebanyak RM5.2 billion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut. Ini bererti RM2.2 billion telah lesap entah kemana!

“Ke mana perbezaan sebanyak RM2.2 bilion ini? Kita perlukan penjelasan,” tegas YB Saifuddin Nasution (Machang) pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat yang baru lalu.

Kerajaan Persekutuan akhirnya bersetuju untuk mengembalikan wang royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu, demikian kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata pemberian wang royalti itu akan dilaksanakan setelah perincian mengenai syaratsyarat terhadap perkara berkenaan ditetapkan.

“Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk kembalikan wang royalti minyak kepada Terengganu dan butiran, prosedur serta langkah yang diambil itu akan ditetapkan apabila perbincangan dengan kerajaan Terengganu diadakan,” katanya.

Dan semalam juga sebuah stesyen TV arus perdana terkemuka, NTV7 membuat bancian di kalangan rakyat dengan bertanya samada kerajaan perlu membayar wang royalti minyak tertunggak kepada PAS sekalipun PAS telah tidak memerntah negeri tersebut. 83% (angka yang dicetak ialah 85%) menyatakan bersetuju manakala hanya 17% tidak besetuju.

Apa lagi Pak Lah tunggu? Ini buktinya.