17 Mac 2009

85% Kata Kareer Politik Ali Rustam Berakhir

Di dalam satu undian SMS malam ini sebanyak 85% dari responden Edisi 7 menyatakan kareer politik Ali Rustam berakhir dengan larangan beliau untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan hujang Mac ini.

Ketua Menteri Melaka itu dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.

Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.

Lembaga itu bagaimanapun mendapati Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, juga calon Ketua Pemuda Umno, tidak bersalah melanggar tataetika ahli parti.

Sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.

Mohd Ali dilaporkan akan memberi penjelasan di Melaka esok.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti di sini petang ini, Mohd Ali, yang kelihatan tenang, berkata setakat ini beliau belum menerima keputusan rasmi daripada Lembaga Disiplin Umno.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana perlu meneliti keputusan berkenaan terlebih dahulu dan akan membuat kenyataan penuh esok.

TVAntara melaporkan dengan gugurnya hak Mohd Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti 24 Mach depan, timbul pula persoalan siapa yang bakal menerajui kerusi nombor dua parti.

Antara Naib Presiden, Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan, Muhammad Muhd Taib, penganalisa lebih mirip untuk meletakkan peluang kepada Muhyiddin.

Walau bagaimanapun dengan tersingkirnya Mohd Ali penyokong beliau yang telah menerima habuan bagi menyokongnya mendapatkan jawatan Timbalan Presiden kini akan berdiri padu di belakang Muhammad pula, menurut pemerhati politik Umno.

Daripada tujuh perwakilan yang dikenali dengan nama popular sebagai G7, empat dikatakan akan membuang undi mereka untuk Mohd Ali dan sekarang undi mereka diwarisi pula oleh Muhammad.

Sekiranya ini berlaku tidak mustahil dan ramai politikus tidak menolak kemungkinan Muhammad akan menjadi orang nombor Umno dan seterusnya bakal memenuhi kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Ini kerana mereka berpendapat Muhyiddin tidak berapa disukai oleh perwakilan umno disebabkan perwatakannya yang kurang ceria dan kenyataannya yang beliau tidak mengeluarkan sesen pun dalam kempen pertandingan merebut jawatan tersebut.

Ini sudah tentunya mengecewakan ramai perwakilan Umno yang sekian lama dipupuk dan dibelai dalam budaya dan suasana politik wang.

Kini gejala tersebut sudah terlambat untuk diubati dan jari jemari politik wang telah mencengkam Umno yang sedang nazak menunggu maut akibat menpertuhankan wang ringgit dari kepentingan agama, rakyat dan negara.

Seorang penganalisa politik berpendapat "grand design" Najib untuk menyingkirkan terus orang-orang Abdullah Ahmad Badawi tidak berapa menjadi ekoran campurtangan "pihak tertentu" semenjak isu ini dihebohkan di dalam media.

Menurut perancangan awal, dikatakan Mohd Ali bukan sahaja hilang kelayakan untuk bertanding malah sepatutnya digantung keahlian UMNO, begitu juga calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Dato Seri Mohd Khir Toyo.

Mohd Ali dikatakan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob seawal 8.30 pagi ini dipercayai untuk mendapatkan "talian hayat" agar Tun Khalil menggunakan pengaruh dan hubungan baiknya dengan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO bagi mendapatkan sekurang-kurangnya keringanan terhadap hukuman yang akan diterimanya.



Pakatan Rakyat Pulau J/kuasa Siasat Kes Serang Karpal

Tiga wakil pembangkang dalam jawatankuasa siasatan, yang dibentuk untuk menyiasat insiden pergaduan di bangunan Parlimen berhubung isu Karpal Singh tiga minggu lalu, hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada menganggotai badan itu.

Mereka ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasa dan Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar.

Ketiga-tiga mereka dilantik minggu lalu.

Keputusan itu diumumkan tidak sampai dua jam selepas Karpal yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP dan menjadi tumpuan insiden tersebut, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini berhubung tuduhan mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan terhadap Sultan Perak.

Minggu lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, jawatankuasa khas itu yang menyiasat kes pergaduhan Pemuda Umno Selangor yang didakwa mengancam keselamatan Karpal sudah mengenal pasti saksi dan dalang yang mencetuskan kejadian tersebut.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan Datuk Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).

Karpal juga memutuskan untuk tidak akan bekerjasama dengan siasatan tersebut, yang bermula pada jam 1 tengahari tadi.

Ahli-ahli pembangkang yang turut terbabit dalam insiden tersebut seperti N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Lim Lip Eng (DAP-Segambut) Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) dan Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah), juga tidak akan menghadiri siasatan tersebut.

Bagaimanapun, seorang pembantu Karpal, Michael Cornalius akan hadir bersama dengan anak ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, Ram Karpal.

Antara yang mereka yang menghadiri siasatan hari ini ialah para pegawai dan pengawal Keselamatan Parlimen.

Jawatankuasa khas itu ditubuhkan mengikut Seksyen 80(A) Perintah Tetap.

Anggota lain jawatankuasa tersebut ialah Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandeee serta Datuk Tiong King Sing (BN-Bintulu), Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).


Ali Rustam Tidak Layak Bertanding Timbalan Presiden

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.

Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.

Lembaga itu bagaimanapun mendapati Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, juga calon Ketua Pemuda Umno, tidak bersalah melanggar tataetika ahli parti.

Katanya, keputusan itu dibuat Lembaga Disiplin selepas mendapati Mohd Ali mempunyai kaitan dengan kesalahan politik yang dilakukan oleh ejen dan pelobi semasa proses pencalonan dan juga semasa berkempen.

"Beliau bersalah disebabkan ada sabit kesalahan, pekerja yang buat. Dia hanya disabitkan.

"Tiada kesalahan khusus atau terus yang dilakukan beliau," katanya.

Ditanya sama ada Mohd Ali digantung keahlian, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, pihaknya hanya melarang beliau daripada bertanding.

"Beliau hanya dilarang bertanding. Beliau masih lagi ahli Umno, masih lagi perwakilan dan masih layak mengundi," katanya.

Ditanya sama ada Mohd Ali boleh mengemukakan rayuan bagi membolehkan beliau bertanding, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, proses rayuan terpulang kepada individu berkenaan.

Katanya, kesalahan Mohd Ali banyak dipengaruhi oleh tindakan setiausaha politiknya, Saadun Basirun yang juga ahli Umno bahagian Bukit Katil.

Beliau berkata, Saadun turut didapati bersalah dan digantung keahlian selama tiga tahun.

Beliau berkata, sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.

Berikut adalah 13 lagi ahli-ahli Umno yang didapati bersalah.

Ahli-ahli yang digantung keahlian selama tiga tahun:

1. Rosli Hasan (AJK bahagian Bukit Katil)

2. Zalina Ismail (Naib Ketua Puteri bahagian Bukit Katil)

3. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (Ketua Pemuda bahagian Maran)

4. Datuk Japlin Akim (ahli bahagian Kota Belud)

5. Salmah Pin (ahli bahagian Bandar Tun Razak)

Ahli-ahli yang digantung keahlian selama setahun:

6. Datuk Mokhtar Samad (Ketua bahagian Bandar Tun Razak)

7. Datuk Manan Ismail (ahli bahagian Paya Besar)

8. Amran Mat (Timbalan Ketua Pemuda bahagian Kuala Krai)

9. Mohd Zuki Mohd Zain (Ketua Cawangan Gua Musang)

10. Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (Timbalan Ketua bahagian Paya Besar)

Ahli-ahli yang diberi amaran:

11. Mohd Zali Besar (AJK bahagian Paya Besar)

12. Mohd Shohaimi Jusoh (Naib Ketua bahagian Paya Besar)

13. Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda dan Ketua Pemuda Rembau

Khir dan Isteri Di Panggil Untuk Siasatan Wang Balkis

Bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis), Datin Seri Zaharah Kechik antara 11 saksi utama yang akan dipanggil pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang akan bermula Isnin depan.

Turut akan dipanggil sebagai saksi pada sesi pendengaran awam yang akan berlangsung sehingga 31 Mac itu di bilik gerakan Bangunan Annex di sini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.

Beliau bagaimanapun enggan menyerahkan butiran syarikat dan jumlah sumbangan tersebut.

Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Zaharah, yang juga isteri Mohamad Khir, dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

Wang itu, dilaporkan berjumlah RM9.9 juta, telah disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

Haniza berkata, terdapat sumbangan yang perlu disiasat seperti peruntukan membeli pakaian, pakaian sukan dan "hadiah yang mahal-mahal".

Sehubungan itu, katanya, beberapa pegawai tertentu daripada kesemua enam GLC di Selangor akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan awam tersebut.

ekarang Selcat dalam proses menyediakan soalan bagi siasatan itu, kata Haniza (foto kiri), yang juga naib ketua Wanita PKR.

Tambahnya, siasatan itu dijangka diadakan awal tahun depan atau paling lewat sebelum pertengahan 2009.

Haniza menjelaskan, siasatan awal memakan kira-kira lapan bulan kerana Selcat tidak dibenarkan melihat akaun Balkis.

"Jadi, kita terpaksa semak (satu persatu) akaun GLC di seluruh Selangor," katanya.

Mengikut undang-undang pendaftaran pertubuhan, tambah Haniza, hanya penjawat badan itu sahaja dibenarkan mengakses akaun Balkis.

Wakil rakyat itu bagaimanapun menegaskan, Selcat tiada sebarang kuasa pendakwaan jika ada pihak yang didapati bersalah.

"Jika cukup bukti, perkara itu akan dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis," katanya.

Jawatankuasa khas Selcat ditubuhkan tahun ini bagi memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan urusan pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Selcat juga sedang menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN penggal lalu sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan awal tahun ini.



Ahli UMNO Belum Sedia Buang Pemimpin Rasuah

Sidang media Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail di Bilik Mesyuarat, Tingkat 38, Ibu Pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jam 4 petang ini bakal menjadi tumpuan, khususnya ahli Umno.

Pada sidang media petang ini, Tengku Ahmad Rithauddeen akan membuat pengumuman penting yang ada kaitannya dengan laporan beberapa calon yang merebut jawatan tertinggi Umno, hujung bulan ini terbabit dalam politik wang.

Beberapa calon yang merebut jawatan penting termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Pemuda Umno antara spekulasi yang dikaitkan dengan kemungkinan digantung daripada bertanding.

Hari ini tersebar pula desas-desus bahawa sekumpulan ahli Umno akan berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana tidak puas hati dengan cara dan keputusan Lembaga Disiplin Umno menjalankan siasatan.

Menurut sumber-sumber, mereka dijangka datang dari beberapa negeri dan akan berhimpun di PWTC setengah jam sebelum sidang akhbar tersebut diadakan.

Mereka diberitakan diminta berbuat demikian oleh calon-calon yang merasakan diri mereka akan tersingkir dari kelayakan bertanding di dalam pemilihan nanti.

Perbuatan tersebut dilihat sebagai percubaan ahli-ahli UMNO untuk menekan Lembaga Disiplin supaya menerima calon-calon yang terlibat di dalam politik wang untuk bertanding di dalam perhimpunan.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama ahli-ahli UMNO membuat tidakan sedemikian. Sebelum ini ahli-ahli UMNO pada 30 Januari lalu mengadakan 'demonstrasi' membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang. Mereka berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn mdengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah".

Katanya, masalah parti harus diselesaikan di peringkat dalaman.

"Soal parti hanya parti yang tentukan, bukan pihak ketiga," katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta anggota MT.

Tetapi apabila gejala politik wang disiasat sendiri oleh Lembaga Disiplin UMNO, mereka kini mengalihkan serangan mereka kepada Lembaga Disiplin pula.

Telah menjadi budaya ahli-ahli UMNO untuk tidak membenarkan pemimpin mereka disiasat walaupunpun telah terang dan nyata melakukan rasuah tetapi cukup galak untuk mendesak SPRM menyiasat pemimpin Pakatan Rakyat walau tanpa sebarang bukti kukuh.

Mengenai khabar angin yang mengaitkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dengan politik wang, Mohd Ali menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan sama ada beliau bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang.

"Tu kena tanya Lembaga Disiplin UMNO," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di kediaman rasminya di Seri Bendahara di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan hadir ke mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO petang ini, Mohd. Ali berkata: "Saya akan ke Ipoh, Perak petang ini untuk majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi (MT) UMNO."


Karpal Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Hasutan

AAhli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat di atas dakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini berhubung ancamannya untuk menyaman Sultan Perak ekoran krisis politik di negeri tersebut.

Karpal didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 6 Februari, dari jam 12 tengahari hingga 12.30 tengahari, di pejabat firma guamannya di Jalan Pudu Ulu di Kuala Lumpur.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan berdepan dengan hukuman penjara maksima tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-keduanya sekali, jika didapati bersalah.

Kesalahan seterusnya boleh dikenakan hukuman penjara maksima lima tahun.

Karpal tiba awal di mahkamah pada kira-kira jam 9.15 pagi bersama anggota keluarganya. Mahkamah mula bersidang jam 10.24 pagi.

Karpal diwakili oleh 13 peguam termasuk empat orang anaknya.

Turut hadir memberi sokongan ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir.




Kecamuk Pemilihan UMNO: Angkara Pemujaan Hantu Altantuya?

Hari ini ialah hari yang mendebarkan kepada lebih 20 orang pemimpin UMNO yang bakal bertanding jawatan utama parti dimana Lembaga Disiplin Umno dijadual mengadakan sidang media khas 4 petang.

Tumpuan kini terarah kepada beberapa orang calon untuk jawatan timbalan presiden dimana dikatakan ada yang tidak layak bertanding malah akan digantung keahlian dan nama Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Dato Serti Mohd Khir Toyo disebut-sebut sebagai calon-calon yang dimaksudkan itu.

Seorang lagi ialah calon Ketua Pemuda yang dikenali sangat sebagai Sang Menantu iaitu Mohd Khairy Jamaluddin.

Mohd Ali enggan mengulas khabar angin bahawa beliau antara pemimpin yang disiasat Lembaga Disiplin Umno.

"Itu, you (anda) kena tanya Lembaga Disiplin," katanya ketika ditanya sama ada beliau, yang akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan Umno minggu depan, disiasat Lembaga Disiplin.

Apabila ditanya sama beliau ada menerima surat dari Lembaga Disiplin, naib presiden Umno itu memberikan jawapan yang serupa: "Itu, you kena tanya Lembaga Disiplin".

Ketika sama ada beliau bimbang dengan penyebaran khabar angin itu ketua menteri Melaka itu menjawab:“Kenapa saya perlu bimbang?”

Ditanya mengenai laporan akhbar arus perdana hari ini, ketua menteri Melaka itu berkata beliau tidak membaca akhbar mengenainya.

Oleh itu, tambah Mohd Ali, beliau tidak boleh mengulasnya.

Diminta memberikan reaksi sama ada khabar angin itu memberikan kesan negatif kepadanya, Mohd Ali berkata: “Sabarlah, kita tidak boleh campur hal Lembaga Disiplin”.

Itu di depan. Di belakang Mohd Ali dilaporkan tengah mengamuk. Ali ugut nak bubar Kerajaan BN di Melaka seandai benar beliau tidak dibenar bertanding dan digantung keahlian UMNOnya.

Mohd Khir Toyo yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda pula memang telah diketahui umum bahawa beliau terlibat dalam skandal politik wang, apatah lagi di ketika ini namanya sudah cukup tercemar ekoran pelbagai skandal yang telah terburai di dewan undangan negeri Selangor akibat perilakunya sendiri yang telah menyerang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. "Apa yang anda lakukan terhadap orang lain akan menimpa kepada anda sendiri, malah mungkin lebih buruk" - itu Hukum Karma.

Khairy Jamaluddin dilaporkan hilang kelayakan untuk bertanding jawatan yang sama kerana terdapat banyak aduan mengenai politik wang yang diamalkan semasa proses pencalonan dijalankan di mesyuarat agong Pemuda UMNO seluruh negara yang pada peringkat permulaan nama Khairy seperti seolah-olah sudah hampir tercicir dan tidak mencukupi kuota untuk melayakkan dirinya bertanding.

Namun tiba-tiba beliau berjaya melepas kuota dan secara tiba-tiba namanya mendadak naik di saat-saat akhir dan merupakan pencabar utama kepada calon favourite iaitu Mukhriz Mahathir.

Laporan politik wang dikatakan telah diadukan oleh Pemuda sebuah bahagian di selatan tanahair di mana di dalam mesyuarat Pemuda Umno bahagian itu telah berakhir dengan insiden pergaduhan apabila pihak penentang Khairy dilapor mendedahkan salahlaku kuncu-kuncu menantu Perdana Menteri di bahagian itu dalam ucapan penangguhan mesyuarat.

Sementara seorang lagi yang disebut-sebut akan menerima nasib serupa ialah calon ahli majlis tertinggi iaitu Dato Azalina Othman Said. Namun semalam Azalina mendakwa beliau belum dipanggil oleh SPRM tetapi tanpa mengulas bahawa Lembaga Disiplin UMNO yang berhak untuk menentukan kelayakan seseorang bertanding tanpa mengambil-kira SPRM telah menjalankan siasatannya atau pun belum. Datuk Norza Zakariah sudah diheret ke mahkamah di atas dua tuduhan rasuah. Sekalipun beliau mengaku tidak bersalah tetapi namany sudah tercemar lantarannya dan peluang untuk dipilih menjadi kian tipis.

Umno mahu kesemua kes politik wang diselesaikan sebelum pemilihan yang akan berlangsung 25 dan 26 Mac ini. Tindakan ini dilihat seperti menurut kehendak sesetengah pihak yang telah mengarahkan pihak lain membuat sidang media akan mengambil injuksi mahkamah jika Umno tidak menyelesaikan kesemua kes politik wang yang telah dilaporkan sebelum ini.

Dato' Kadar Shah Tan Sri Sulaiman Ninam Shah dan Dato' Mazlan Harun yang baru-baru ini membuat sidang media mengumumkan akan mengambil injuksi mahkamah jika kesemua kes politik wang dalam Umno tidak diselesaikan sebelum pemilihan parti tersebut diadakan.

Apa yang cuba dilakukan oleh Lembaga Displin Umno dan SPRM dilihat sebagai usaha untuk 'membersihkan orang Abdullah' dalam barisan kepimpinan parti tersebut. Pembersihan 'orang Abdullah' perlu dilakukan untuk memudahkan Najib menjalankan tugas beliau mengikut arahan mentornya, Tun Dr Mahathir Muhammad.

'Pembersihan' itu juga merupakan satu tindakan untuk memastikan kabinet Najib tidak dibarisi oleh perasuah. Ia bersesuaian dengan kehendak Mahathir yang sebelum ini membuat kenyataan Najib "akan menjerat lehernya sendiri" jika beliau melantik pemimpin yang rasuah menganggotai kabinet barunya nanti.

"Masyarakat memang tahu siapa yang terbabit dengan rasuah kerana mereka memberikan wang secara agak terbuka, dan pihak yang menerima pula bercakap bahawa mereka menerima wang itu yang bertujuan memenangi sokongan mereka.

Apa pun keputusannya bergantung kepada keputusan mesyuarat Lembaga Disiplin Umno yang dijangka akan diadakan petang ini. Mesyuarat tersebut menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan Lembaga Disiplin akan mencadangkan penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno dan apakah Lembaga Disiplin akan tnduk kepada ugutan calon tersebut untuk membubarkan DUN.

"Sungguh ada yang memuja hantu Altantuya untuk mengejar orang lain," kata salah seorang perwakilan yang mengganggotai G7 ke Perhimpunan nanti.

70% KATA GOBIND PATUTNYA DI RUJUK KE JWTNKUASA HAK & KEISTIMEWAAN PARLIMEN

Undian SMS Edisi 7 malam ini memaparkan 70% berpendapat kes Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sepatutnya dirujukkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen. Tindakan untuk menggantung keanggotaan Gobind selama setahun oleh Dewan Rakyat dilihat sebagai sesuatu yang melampau.

Dewan Rakyat hari ini telah mengantung Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind daripada menghadiri sidang Parlimen selama setahun bermula hari ini.

Ini berikutan kenyataan beliau yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak terbabit dalam kes pembunuhan wanita monggolia, Altantuya Shaariibuu dan juga menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul bagi menggantung Gobind telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama anggota Parlimen Pakatan Rakyat lain yang kelihatan marah dengan tindakan Parlimen itu berkata tuduhan jenayah tidak boleh ditutup dengan undi majoriti atau kuasa subjudis.

Tambah beliau walaupun usul menggantung Gobind diluluskan tetapi yang dituduh harus diberi peluang untuk membuktikan tuduhan yang dibuat sementara yang dituduh pula perlu mempertahankan diri.

Anwar berkata lagi prinsip "natural justice" tidak dilaksanakan dalam keputusan penggantungan Ahli Parlimen Puchong tersebut.

Najib bagaimanapun tidak hadir pada sidang Parlimen semasa undi terhadap usul itu dijalankan.

Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bertubi-tubi membantah serta mempersoalkan keputusan Speaker, Pandikar Amin Mulia tetapi beliau tidak mengendahkan bantahan tersebut malah tidak mahu memberi ruang kepada Gobind untuk memberi penjelasan.

Antara mereka termasuk Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat), Karpal Singh (DAP_Bukit Gelugor), M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas, Ngo Kor Ming (DAP-taiping) dan R. Sivarasa (PKR-Subang).

Sebaliknya speaker mengarahkan Nazri supaya menggulung perbahasan dan menutup sesi perbahasan dengan segera. Ia menampakkan bahawa Pandikar Amin Mulia terlalu berat sebelah di dalam menjalankan tugasnya sebagi Speaker Dewan Rakyat.

Rata-rata masyarakat hari ini menyelar dan menganggap tindakan Sepaker dan Nazri tersebut melampau dan ia mengundang lebih besar kebencian masyarakat terhadap BN disamping hal yang sama selepas ini boleh dilakukan oleh Speaker-speaker DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat terhadap ahli-ahli dewan dari BN kerana precedentnya telah dimulakan oleh Speaker Dewan Rakyat sendiri.




Guan Eng Timbang Haramkan NST

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempertimbang tindakan melarang akhbar New Straits Times (NST) daripada membuat liputan sidang akhbar atau majlis yang dihadirinya sebagai tindak balas terhadap artikel akhbar itu yang ‘berbaur fitnah dan tidak benar’.

Menurutnya, tindakan itu hanya ditujukan kepada NST dan tidak melibatkan kese-luruhan Kumpulan NSTP dan ini bermakna akhbar Berita Harian dan Harian Metro masih boleh menghadiri program beliau.

Menurutnya, beliau bersedia menerima kritikan, tetapi bukan kenyataan yang mempunyai un-sur fitnah serta agenda tertentu yang bermaksud mahu memburuk-burukkan dirinya serta kerajaan negeri pimpinannya.

Menurutnya, ini bukan kali pertama beliau dikritik oleh NST dan menegaskan bahawa beliau dan kerajaan negeri masih boleh hidup tanpa akhbar itu.

“Dalam pilihan raya lepas mereka tulis memburuk-burukkan kami, kami sedia hadapinya. Dengan atau tanpa NST kami sentiasa 'survive'. Kami menggesa rakyat Pulau PInang, jika mereka ingin membaca hal benar mengenai Pulau Pinang, jangan beli NST,” katanya selepas melawat Taman Masyarakat Relau di sini, semalam.

Lim mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris itu yang mengkritik Ketua Menteri kerana bertindak meminggirkan media tertentu.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada tekanan NST dan akhbar itu perlu menyesuaikan diri dengan perubahan kepimpinan negeri ketika ini.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada NST tetapi hanya akur kepada rakyat. NST mesti menyesuaikan diri dengan keadaan baru, mereka tidak boleh paksa kerajaan negeri ikut telunjuk mereka. Bukan macam dulu,” katanya.

Beliau juga mendakwa NST gagal menunjukkan senarai ter-tentu untuk membuktikan fit-nahnya terhadap beliau walaupun telah berjanji berbuat demikian.

Lim berkata, beliau sedar akhbar itu mempunyai agenda tertentu kerana ia dimiliki oleh sebuah parti politik dan membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang mendakwa Lim mempe-ralatkan media untuk kepentingan diri dan partinya.

Menurutnya, Azhar tidak layak untuk berkata demikian kepadanya kerana NST itu dimiliki oleh UMNO dan sudah pasti beliau akan mempertahankan akhbar berkenaan.