6 Jul 2015

Parti Baharu - PASMA Akan Sokong G18

Pasma, G18 bergabung

ALOR SETAR - Pasma bakal bergabung dengan kumpulan bekas pimpinan Pas, G18 dalam usaha menggerakkan penubuhan sebuah parti baharu. Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, hanya sebuah parti baharu akan diwujudkan, rentetan daripada pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua pihak sebelum ini.

Penjelasan itu dibuat selepas timbul kekeliruan mendakwa Pasma juga akan menubuhkan parti baharu, manakala sebuah lagi parti baharu akan diasaskan oleh G18.

“Tidak akan wujud dua parti baharu. Pasma tidak akan tubuhkan parti baharu berikutan G18 sudah berhasrat tubuhkan parti baharu yang dijangkakan selepas Aidilfitri. Pasma hanya akan sokong penubuhan parti politik Islam yang belum diberi nama khusus itu,” katanya.

Phahrolrazi berkata, tidak perlu wujud dua parti berasingan dan bertembung sesama sendiri, sedangkan perjuangan parti itu kelak selari dan mempunyai persefahaman dengan Pasma.

“Hasrat Pasma mahu wujudkan parti baharu mungkin sudah tidak relevan, lebih elok kekal sebagai NGO yang akan menggerakkan usaha ke arah penubuhan parti yang dikendalikan G18 itu,” katanya.

Phahrolrazi turut menjangkakan akan berlaku penghijrahan beramai-ramai sebahagian besar ahli Pas di seluruh negeri, sejurus parti baharu itu didaftarkan.

Mengulas kedudukannya sebagai ahli Pas kawasan Kuala Kedah, katanya, selagi parti baharu itu belum wujud secara sah, beliau masih kekal sebagai ahli.

“Jika selepas ini, saya sertai parti lain, secara automatik keahlian sebagai ahli Pas terlucut,” katanya.

Pada 13 Jun lalu, Phahrolrazi mengumumkan pihaknya merancang untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu bagi menggantikan peranan Pas dalam pakatan pembangkang.

Tiga hari selepas itu, dalam sebuah majlis di Muar, pemimpin Pas dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti berhasrat membentuk sebuah gerakan dikenali G18.

G18 diterajui bekas Timbalan Presiden Pas yang tewas, Mohamad Sabu, selain bekas Naib Presiden, Salahuddin Ayub dilantik sebagai timbalan pengerusi manakala Suhaizan Kayat sebagai penolong setiausaha.

Kumpulan itu dikatakan akan mengadakan jelajah di seluruh negara, mempromosi kempen mereka untuk satu politik ‘Harapan Baru’ atau ‘Harapan dan Impian Baru’ selepas sambutan Aidilfitri. -SH ULASAN GB

Berita baik menjelang malam-malam terakhir Ramadhan.

Satu anjakan ke depan dan petanda jelas parti baharu akan berjaya cemerlang.

Teruskan usaha, kerana rakyat masih bersabar menanti kemunculan parti Islam alternatif dan Pakatan 2.0.



17 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

10% Battle Pertama sudah di menangi oleh parti Baru,"hadiah hari-raya"untuk rakan-rakan sekelian, dapat kurangkan,membuang masa, percakaran,pergelutan dan memberi banyak peluru pada musuh, terutama PAS(UG)./UMNO/bn.

Bravo...keep it up..

PAKATAN 2.0

HARAPAN & IMPIAN BARU:rakyat malaysia.
wassalam.

Unknown berkata...

Harapan dan impian BARU rakyat Malaysia.

Saya nak cadangkan, selepas rasminya penubuhan parti Islam BARU. Terus anjurkan perhimpunan gergasi di Kuala Lumpur. Bersama NGO-NGO,Anak Muda dan Pakatan Rakyat Baru.

Unknown berkata...

Itulah langlah yg memang dinanti2. PASMA mesti consistent dgn sifat NGOnya. Menjadi katalis kpd parti baru dlm menrealisasikan PR 2.0 langkah itu akan membuatkan PASMA dihormati dan dibanggai. PASMA ibarat robin kepada Batman. Bersatu hati bersatu tenaga membinasa sijoker BN

Tanpa Nama berkata...

Buat SAJA

Banyak sangat cakap cakap sampai jadi BAHALOL

Buar Mat Sabu jadi Presiden nya

Rakyat kenal Mat Sabu tapi PASMA ekas bekas Bahalol PAS , mana ada sangat Rakyat kenal pon

Rakyat kenal Mat Sabu jenis BER FIKIR dan ada Kredibility

Itu penting!!!!!

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Orang Melayu Islam sememangnya memerlukan sebuah parti baharu untuk menggantikan Pas dalam mewarnai politik negara. Pas tidak lagi menjadi parti yang relevan untuk didokongi oleh golongan profesional, dan anak-anak muda yang dahagakan perubahan. Sejak muktamar 2015, Pas sudah menjadi parti berunsur kasta. Hanya golongan ulama sahaja yang berhak untuk memimpin, dan golongan bukan ulama hanya boleh menjadi ahli biasa sahaja. Pendek kata, golongan bukan ulama hanya diiktiraf sebagai "paria" parti sahaja.

Malangnya parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh PasMa dan G18 masih belum ada nama. Terlalu sukar untuk kita menarik sokongan dan mencari ahli-ahli baharu lantaran parti tanpa nama dan undang-undang tubuh. Tak kenal maka tak cinta. Bagaimana harus seseorang tertarik untuk menjadi ahli kepada sebuah parti yang tiada nama. Walaupun ada kata bidalan menyatakan "apa ada pada nama", namun tanpa nama parti baharu ini tidak ada identiti. Tanpa perlu banyak membuang masa, namakan sahaja parti baharu ini terlebih dahulu.

Parti baharu ini jika terus diterima menganggotai Pakatan Rakyat menggantikan Pas sudah tentu menjadi tarikan ramai. Jika wakil-wakil rakyat Pas yang tidak sebulu dengan pimpinan yang ada menganggotai parti baru ini akan berupaya menjadi parti yang berdaya saing. Jika parti ini bersendirian dalam perjuangan, maka nasibnya lebih buruk dari Parti Hamim dan Berjasa. Diramalkan jika beberapa orang wakil rakyat Pas Selangor melompat menganggotai parti baharu dan berjaya membentuk kerajaan negeri dengan bergandingan dengan DAP dan PKR akan mempercepatkan lagi Pas ditalkinkan. Insyallah parti baharu ini akan mendapat dokongan dari golongan profesional, orang-orang muda, dan pengundi bukan Islam. Pas pastinya akan kehilangan pengundi bukan Islam terutamanya orang-orang Cina. Pas hanya mampu bertahan di pantai timur sahaja. Namun begitu, Pas dijangkakan kehilangan Kelantan lantaran termakan dengan janji manis Umno dalam perlaksanaan Hudud.

Unknown berkata...

Tak sabar nak daftar, so korang kena explain camana nak daftar jadi ahli. Kalau boleh tolong buat muaturun borang pendaftaran melalui on-line atau kalau mampu, urus pendaftaran melalui on-line disamping pendaftaran secara manual. Tema : Tunjukkan akhlak baik di depan KAFIR. Tujuan: Bersama-sama PR ambil alih Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

G18 saja je bagi suspen. Mesti dah ada beberapa nama yang cantik dan sedap di sebut. Bini baru mengandung sebulan pun dah ada tiga atau empat nama untuk bakal anak yang akan di lahirkan, tak kan G18 dan yang lain-lain tak fikirkan nama parti tersebut. Lagi eluk nama tersebut di rahsiakan dan di umumkan pada majlis pelancaran nanti. Biar ramai yang tertunggu-tunggu dan bercakap mengenainya. Sementara itu kita terus fikirkan nama yang ada 'ummph!'

Dalam PR sudah ada perkataaan RAKYAT (PKR) dan sudah ada 'ACTION' (DAP) jadi kena fikirkan perkataan seperti 'BERSATU' atau 'PRO PROGRESIF' . Bagaimana pun parti yang di tubuhkan ini mesti ada perkataan ISLAM !

Tanpa Nama berkata...

Jenis-jenis anon macam - July 6, 2015 at 4:14 PM - ni yang tak sesuai dengan perjuangan G18. Nak bagi komen boleh. Nak bercakap boleh. Tapi tinggalkan apa yang awak belajar dari Hj Hadi.

Kumpulan PASMA lah mula-mula hidu berperangai ulamak. Kumpulan ini lah yang minta Pusat tukar MB Kedah yang tidak perform dan kumpulan ini lah yang di pinggirkan awal-awal lagi. Nak puji Mat Sabu jangan kutuk saudara kita yang lain dengan gelaran.

Malaysiabaru berkata...

Saya ad idea

Apa kata buat satu ceramah mega ssmpena raya oleh g18... Di kg baru pdg Sulaiman dan siap borang keahlian...

Cetak byk sikit

Unknown berkata...

Harapan baru ,impian SATU

zamani berkata...

cepatlah dah tak sabar dah nak mendaftar ni.

Unknown berkata...

Kita tidak perlu berkiblatkan barat. Tetapi banyak juga yg boleh dijadikan teladan. Dalam seni kempen Obama telah menggunakan pakar2 advertisement. Cuba saudara2 google image " obama rally" lihat gambarnya satu persatu. Teliti pada warna, slogan, saiz poster, logo, isyarat tangan kumpulan Obama. Memang impaknya sgt berkesan. Jika dikaji byk kebaikan pada kos dan kesan emosi. Profesional! Kenapa tidak kita?

Tanpa Nama berkata...

sy hargai pasma sbg pencetus gerakan baru ini. syabas kpd tuan pahrolrazi kerana berjiwa besar dgn menyokong G18.

apa yang penting kita jgn lupakan jasa2 Ustaz Fadzil Noor dan TGNA. kita teruskan kesinambungan perjuangan mereka ini. jadikan mrk sbg ikon pejuangan parti yg baru ini.

cikmatgelap berkata...

jgn lupa cepat2 keluarkan baju dan Tshirt yg berlogo kan parti baharu,topi,bag dan pelbagai lagi.....akan jadi satu promosi tanda dah wujud nya parti baharu

Tanpa Nama berkata...

Marilah kuta berilah sepenuh2 keyakinan dan doa kepada pimpinan baru kita. Berdasarkan pengalaman perit mereka mengharungi arus politik negara maka kita mengharapkan bahawa:

1. Pimpinan kita akan menggunakan seluruh kemahiran dan pengetahuan aplikasi teknologi media untuk merangka dan melaksanakan sistem pendataan yang benar2 efisen samada untuk pendaftaran ahli atau kempen perang saraf.

2. Pimpinan kita akan memiliki bilik perang atau war room secara maya atau nyata. Dari bilik ini sahaja setiap keputusan dan bahan kempen atau siaran media dikeluarkan. Pemimpin sehebat mana pun tidak diizinkan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dari keputudan war room. Pemimpin sudah tahu bahawa sebarang percanggahan ucapan akan menjadi peluru untuk musuh menghentam balik. Kita tidak boleh lagi membuang masa membaiki kecederaan ini.

3. Pimpinan baru diharamkan mengutuk, menghina atau merendah2kan sesiapa pun nama2 besar dalam politik. Sebut sahaja nama parti itu kalau perlu sahaja. Berilah tumpuan mencapai matlamat parti. Bukan membuang masa mengutuk sesiapa. Yang penting sebut sahaja apa kebaikkan yang kita boleh beri kepada rakyat. Menambahkan musuh sangat2 tidak diperlukan pada masa sekarang.

4. Setiap pimpinan wajib menunjukkan akhlak dan cara hidup yang terpuji. Jangan sekali2 menunjukkan gaya hidup mewah. Berhati2 dengan tawaran duit besar. Ingat, kita semua sudah tahu bahawa bn ada berbilion duit untuk membeli apa saja.

5. Walaupun parti baru ini bernada islam, pimpinan mesti mengutamakan sikap "menunjukkan keindahan islam kepada bukan islam" Contohi sikap yb ir khalid samad. Beliau amat menyantuni semua kaum dan bila2 masa sedia membantu mereka tidak kira masa.

6. Cari dan gerakan seluruh bijak pandai dalam semua urusan membangunkan negara supaya benar2 maju dan cemerlang. Namun jangan sekali2 mendedahkan personaliti pakar2 ini. Suruh mereka bekerja di belakang tabir sahaja. Pak omar contohnya, anda pakar strategi, jangan izinkan sesiapa pun tonjolkan nama anda. Jumpa terus dengan pimpinan dan serahkan cadangan bernas anda.

7. Pastikan pimpinan kita mengenali musuh yang bakal menyusup. Dengan modal rm2 bilion yang ada, bn boleh bayar rm5 ribu sebulan kepada 10 ribu pakar2 yang boleh menjahanamkan parti. Pimpinan mesti cari orang yang boleh scan petualang2 ini.

Sekian cadangan saya.

Tanpa Nama berkata...

Pastikan ikon parti baru nanti adalah Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil Noor...
Dah lama dah tak turun dengar ceramah... tak sabar rasanya nak turun dengar ceramah mat sabu and the geng...kalau ceramah Nik Abduh, Nik Amar dan yg sewaktu dgnnya, lebih baik balik tido lagi bagus...hahahaa...

lagu tu laa berkata...

persoalan yang ingin akau ajukan apakah jawatan yang paling sesuai untuk uaa?kepada pasma mainkanlah peranan anda sebaik mungkin,jangan lebih sudu dari kuah,kepada pemimpin2 kepada parti baru yang bakal ditubuhkan itu kita saling bantu membantu antara satu sama lain,jadi penasihat yang bijak kepada ahli2 akar umbi dan jadilah pemimpin yang ada 2 telinga dan 1 lidah,walaupun lidah itu tidak bertulang. jangan lupa langit dijunjung dan bumi dipijat milik ALLAH swt,bahtera yang kita kemudi tak akan 'karam'dan'tengelam' semuga kita terkeluar dari puak yang satu itu dengan satu iltizam yang tak diganggu gugat oleh sesiapa!semuga menjadi kenyataan!